budak online :)

HEY ! PEOPLE :)

Web Site Hit Counters

8 June 2011

Tips Cinta Beretika :)

salam.


"boleh pandang-pandang, jangan pegang-pegang, duduk renggang-renggang..." tak salah bercinta asalkan korang tahu adab pergaulan. jangan sampai terlalu melayani perasaan romantik sampaikan diri jadi mangsa 'touch n go'.


ini tips nya :

1. jaga penampilan diri kerana semua orang suka akan kecantikan dan kekemasan.

2. ikhlas memulakan perhubungan dan bukannya berlakon menjadi orang lain yang akhirnya akan menjerat diri sendiri.

3. ketika berinteraksi, gunakan bahasa tubuh seperti gerakan tangan, renungan mata dan tumpukan perhatian ketika dia bercakap.

4. tak salah berfikiran negatif supaya korang lebih berhati-hati.

5. penting juga korang berfikiran positif supaya korang boleh menerima keikhlasan cinta seseorang asalkan tak menaruh kepercayaan 100%.

6. elak bercerita perkara peribadi.

7. jangan terlalu fokus berbual tentang masalah, kesibukan kerja dan sebagainya kerana selalunya ramai orang mengambil kesempatan untuk membantu tanpa niat yang betul-betul.

8. jangan kedekut memberi pujian ikhlas tapi jangan pula terlalu taksub dengan pujian yang berlebihan kerana pasti ada niat di sebaliknya.

9. tunjukkan korang mengambil berat pada pasangan.

10. jangan bersikap terlebih mesra dengan suka mengikut ajakan dia ke mana saja kerana ia memberi tanda bahawa korang mudah didekati atau bersikap mesra.

11. jangan takut menegur kesalahan kekasih.

12. apabila korang melakukan kesalahan, jangan malu untuk mengakuinya dan ringankan mulut untuk mengucapkan 'maaf'.

13. jangan menerima ajakan kekasih ke tempat sunyi lagi bahaya kononnya mahu lebih privasi.

14. ketika membincangkan sesuatu masalah, usahlah berangan seolah-olah korang berada di zaman klasik.

15. jangan terlalu menonjolkan diri korang tuseorang yang berfikiran moden dan tahu segala-galanya.

16. ketika membincangkan masalah, tumpukan pada permasalahan, persoalan dan jalan penyelesaiannya.


itu je yang dapat KAK LIMAH cerita serba sedikit. KAK LIMAH cakap berdasarkan pengalaman. haha. KAK LIMAH nak blah dah nihh. chao ~


  

PMR 8a's : amnie ulala <3

No comments:

Post a Comment